
IT Solution Provider
Baracho Tech & Services Sdn Bhd

Baracho Tech bermula secara kecil kecilan melakukan jualan product IT, penghantaran, pemasangan dan perkhidmatan lepas jualan. Perkhidmatan Baracho Tech merangkumi semua sektor seperti pendidikan, awam mahupun swasta. Syarikat yang merupakan anak syarikat kepada Al-Qanaah Resources Sdn Bhd ini telah lama menjalinkan kerjasama dengan pihak-pihak seperti UTHM, ADTEC,UTEM hospital dan sebagainya. Sejak ditubuhkan, Baracho Tech bersama-sama Al-Qanaah Resources telah berjaya mengukir kejayaan dalam sektor korporat dan sektor awam yang menjadikan Baracho Tech berjaya menerima beberapa anugerah sepanjang penubuhannya.
Perkhidmatan utama yang menjadi kepakaran syarikat kami merangkumi perkhidmatan perundingan, membekal, membina, penyelenggaraan kabel, dan pemasangan kabel fiber optik. Sebagai syarikat yang mempunyai kepakaran besar dalam bidang rangkaian, Baracho Tech & Services mampu bersaing dengan syarikat-syarikat luar lain yang mana mempunyai peralatan dan kepakaran yang lebih besar. Dengan mengamalkan servis selepas jualan yang baik, kami berjaya meyakinkan pelanggan kami untuk menggunakan perkhidmatan syarikat kami.
Baracho Tech & Services komited dengan usaha kami untuk memastikan syarikat terus maju dan berkembang selari dengan peredaran zaman.